ONEXOX
BannerFans.com

Kerajaan Selangor bagi bonus sebulan gaji, kerajaan persekutuan bagi RM500 jer, untung orang Selangor...

on Wednesday, July 24, 2013

Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagai persiapan Hari Raya Aidilftri kepada penjawat awam dari Gred1 – Gred54 bernilai RM500 yang akan dibayar pada 31 Julai depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM670 juta.

BACA : Bestnya kalau Pakatan Rakyat memerintah: Selangor umum bonus raya sebulan gaji

Sementara itu, Najib berkata bagi menghargai pesara kakitangan awam kerajaan turut bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 kepada 660,000 orang penjawat awam yang bersara dan menerima pencen.



Bayaran itu juga akan dibuat pada 31 Julai depan dengan peruntukan kewangan sebanyak RM165 juta.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.7 bilion bagi pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan Aidilfitri.





“Bagi tahun 2013, semua penjawat awam akan menikmati dua KGT, pertama adalah kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang diterima pada 25 Julai depan,” katanya.

Menurut beliau, ini dilaksanakan berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember tahun ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.3 bilion untuk 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved