ONEXOX
BannerFans.com

Aidil enggan ulas cerai Rita Rudaini melalui SMS

on Monday, August 5, 2013

PELAKON drama terkenal, Rita Rudaini dikatakan telah diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak melalui SMS, semalam.

Berita itu dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Menurut akhbar tersebut, Aidil membuat keputusan itu selepas pemain bola itu bengang berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan.

Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.



Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."

Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.





Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Sebuah stesen radio hari ini melaporkan Aidil enggan mengulas berhubung kisah cerainya itu kerana menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang hampir tiba.

Aidil meminta semua pihak menunggu sahaja perbicaraan kesnya nanti untuk maklumat lanjut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved