Walaupun mempamer aksi hambar dalam saingan Liga Super dan tersingkir ke kancah Liga Perdana musim depan, namun skuad Jang memulakan kempen Piala Malaysia dengan membenam Terengganu 2-0 di tempat lawan, Selasa lalu.
Selepas mengikat Kelantan 1-1 dalam aksi pembukaan di Kuantan, pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, anak-anak buahnya perlu lebih bersedia sekiranya ingin meraih kemenangan Paroi.
Katanya, pemain perlu lebih berhati-hati pada pertemuan itu kerana kejayaan Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 2-0 Selasa lalu akan memberi lebih semangat kepada pasukan itu meraih kemenangan.
Kemenangan tersebut sudah pasti memberi suntikan moral kepada Negeri Sembilan, jadi Pahang perlu lebih pantas dan kreatif untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang," katanya di sini semalam.
Dollah mengakui jentera serangan Tok Gajah perlu lebih tajam jika mahu mencatat kemenangan selepas mengikat Kelantan 1-1 perlawanan pertama lalu.
Selepas berjaya meraih satu mata, Pahang mampu melangkah lebih jauh dan prestasi lebih baik diharapkan apabila bertemu Negeri Sembilan esok (malam ini)," katanya.
Dalam pada itu, pemain pertahanan import Pahang, Damion Stewart percaya prestasi lebih baik akan dipersembahkan oleh skuad itu pada perlawanan ini nanti.
Menurut beliau, kejayaan membantu Pahang mengikat Kelantan pada perlawanan sebelum ini akan menguatkan semangatnya beraksi lebih cemerlang buat skuad Tok Gajah itu.
Komitmen dan persefahaman antara pemain diharap lebih kemas untuk memastikan Pahang beroleh kemenangan pertama," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment