ONEXOX
BannerFans.com

Isu Aksi Ghairah, Berkemban: Bukan Porno Tapi Pendidikan Seks

on Tuesday, August 20, 2013

Filemnya belum pun lagi ditayangkan namun beberapa hari ini nama pelakon seksi Marsha Milan Londoh menjadi bualan hangat ramai ekoran lakonannya yang bergandingan bersama pelakon veteran handalan, Wan Hanafi Su dalam Laga sebagai suami isteri.  Apa yang diperkatakan ialah sedutan filem arahan Ismail Yaacob itu yang memaparkan babak ranjang antara Wan Hanafi Su dan Marsha  mula tersebar di internet.

Memetik kenyataan di Kosmo! hari ini, Marsha berkata sebagai pelakon dia bersikap profesional. Bahkan dia sama sekali tidak terfikir orang akan mempertikaikan aksinya itu kerana babak tersebut sebenarnya bukanlah seperti yang disangka ramai.

Tidak merasakan yang dirinya diekploitasi sebagai pelaris filem sebaliknya Marsha berkata dia berasa selesa sepanjang penggambaran, termasuklah melakonkan babak tersebut. Terpulang kepada penonton mahu menilainya tetapi dia berharap peminat filem tanah air dapat menonton dahulu filem tersebut sebelum menghentam dirinya hanya kerana satu babak panas itu sahaja.



"Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu", katanya.

Sedutan babak di ranjang lakonan Wan Hanafi Su dan Marsha dalam filem 'Laga', yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.Sedutan babak di ranjang lakonan Wan Hanafi Su dan Marsha dalam filem 'Laga', yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.





Sementara itu dalam laporan sama, pelakon Wan Hanafi Su berkata, babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno.

"Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol", bidasnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

masyaALLAH...insaf la wahai manusia...jgn gadai maruah sebagi seorang MUSLIM.....


August 21, 2013 at 12:55 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved