Susulan artikel beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang wanita, Halim Othman menafikan yang wanita bernama Dania itu adalah kekasihnya.
Menurut Halim, Dania hanyalah peminatnya.
Nampak gayanya lambat lagilah nak merasa makan nasi minyak di kenduri majlis perkahwinan Halim Othman.
Yang menariknya, menurut Halim, gambar-gambar itu diambil tahun lalu ketika dia, wanita itu dan beberapa orang rakan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Abang Nara tertarik dengan kata-kata Halim di bawah:-
Dia bukan kekasih saya dan hanya sebagai peminat. Saya tidak sangka dia muat naik gambar itu sehingga menimbulkan salah faham orang lain terhadap saya.
Saya mendapat tahu perkara ini menerusi rakan. Saya mengenali wanita itu sebagai peminat dan tindakannya seolah-olah mahukan publisiti.
Ada gambar yang dimuat naik itu dibuat secara “super impose”. Ketika bergambar dia gemar berkepit dengan saya dan ia membuatkan saya tidak selesa.
Pada pandangan mata kasar Abang Nara, tak nampaklah pula di mana “super impose”nya. Namun agak kelakar juga apabila Halim menyatakan wanita itu suka berkepit. Hehehe. Nak tergelak Abang Nara dibuatnya. Tak apalah Halim. Kalau ada jodoh, suatu hari nanti pasti bertemu wanita yang sesuai dengan anda. Tak gitu?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
lain kali jgn b'gambar dgn yg bukan mahram gitu. mmg awak mengundang fitnah.
August 20, 2013 at 3:20 PM
Nasib baik tak mengandung, kalau mengandung , peminat juga kena tanggung
August 20, 2013 at 8:03 PM
alahai.. janda ank 1 la.. dania konon..
August 20, 2013 at 8:57 PM
Post a Comment