ONEXOX
BannerFans.com

Saya Sudah Hilang Sabar, Rita Tak Jujur

on Sunday, August 18, 2013

Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak. Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.

Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian hari ini, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.



Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.

Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil

“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.





“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban

“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkan lah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.

Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu.

Sumber 

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Masa nak kahwin macam nak runtuh dunia dibuatnyo,bolom pun saabad dah corai borai....pokoknyo kurang didikan agamo,kawin macam main drama ajo,yang jadi mangso anak anak.Contoh harta dan duit tak semestinyo bawa kebahgiaan sebalik restu omak ayah yang perlu didulukan..kan..kan.


August 18, 2013 at 10:11 PM
Anonymous said...

lebih baik segera BERDAMAI sebelum perang meletus. kalau nak pisah pun, pisahlah secara BAIK dan TERHORMAT. tak perlu saling menjatuhkan 1 sama lain...


August 18, 2013 at 10:13 PM
Anonymous said...

osah campur ghumah tanggo org...puiii


August 18, 2013 at 10:19 PM
babylola2u said...

nak cerai tu cerai je laa..sejibik drama swasta


August 18, 2013 at 11:58 PM
Anonymous said...

duo duo salah.. si bini kedorak bosa bona..mampiuh lagi nak tanggung eh. si laki, x habih2 porangai gatal eyh..sensitip la bini tu. begado beporang kalah mcm kek pakistan nun haa.


August 19, 2013 at 12:01 AM
Hidupringkas said...

Bukan senang nak bersabar....


August 19, 2013 at 12:42 AM
Anonymous said...

Kata Che'gu Shaari .... pompuan kaberet....


August 19, 2013 at 12:53 AM
Anonymous said...

Korang semuo nak masuk campur rumah tangga orang wt pe......... Jaga rumah tangga sendiri dah laa......


August 19, 2013 at 8:08 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved