ONEXOX
BannerFans.com

Syanie Kini Tunangan Orang, Bakal Nikah 1 Mac 2014

on Sunday, August 25, 2013

Memilih tiga syawal sebagai tarikh keramat, pelakon, Syanie kini menjadi tunangan kepada rakan lama yang telah dikenali 7 tahun lalu, Nadi Putera.

Kegagalan rumah tangga pertama 11 tahun lalu akhirnya membuka pintu hati Syanie untuk menerima Nadi yang mulai rapat selepas dipertemukan kembali pada Disember tahun lalu dan mula bercinta pada awal tahun ini.



Menurut Syanie lagi, mereka berdua merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014.

“Insya-Allah jika jodoh kami kuat, majlis perkahwinan akan berlangsung pada 1 Mac depan. Saya sendiri mendoakan yang terbaik untuk hubungan kami. Keputusan untuk mendirikan rumah tangga ini juga bukan untuk diri sendiri tetapi keluarga tersayang.”





Tidak berfikir akan melalui fasa perkahwinan lagi, Syanie memberitahu keserasian yang ada pada mereka berdua telah membawa kepada pertunangan ini. Tambahnya lagi, Nadi menerima dirinya dan juga saiz badan seadanya dan masing-masing turut gemar menikmati makanan.

Terdahulu, bakal suaminya itu memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved