Memetik laporan Berita Harian hari ini, tiga penguatkuasa berkenaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan bakal didakwa pada minggu hadapan.
Ketiga-tiga mereka dipercayai telah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.
“Mereka dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan berkenaan malah dipercayai mampu memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan,
“Kerana terdesak dan bimbang akan dikaitkan dengan kesalahan selain menanggung malu, pasangan itu sanggup membayar tuntutan itu,” katanya.
Menurut sumber itu, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan.
Katanya mereka selalunya meminta RM3000 daripada pasangan berkenaan seminggu atau dua minggu sebelum tarikh mereka didakwa.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad yang dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan disiasat mengikut kesalahan 17 (A) Akta SPRM 2009.
“Dua aduan dibuat berhubung kegiatan sindiket dalam kes khalwat di Genting Highlands tahun lalu dan kes terbaru di Saujana Putra dengan nilai suapan sama iaitu RM3000.
“Dua daripada individu yang ditahan berusia 27 tahun dan 32 tahun terbabit dalam dua kes yang sama dan kaedah suapan secara tunai dan menerusi bank.
“Pasangan itu dikatakan dihubungi pasangan khalwat itu dan meminta jumlah suapan jika mahu dakwaan terhadap mereka digugurkan.
“Bagaimanapun tiga kakitangan JAIS yang ditahan itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pasangan berkenaan. Walaupun sudah membayar wang berkenaan, pasangan itu tetap juga kena dakwa,” katanya. Antarapos.com
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
kalau benar benar SPRM untuk membela rakyat dan menaikkan maruah kerajaan,tindakan yg sebegini amat memamg dialu alukan dan syabas untuk SPRM,penjenayah unpama gunting dalam lipatan ini harus disumbatkan kedalam penjara untuk pengajaran kepada yg melakukan perbuatan keji seumpama ini,syabas kalian semua,,
August 25, 2013 at 8:05 AM
Post a Comment