Lelaki itu mengaku dia memasukkan garpu berkenaan ke dalam salur kencing semata-mata untuk menaikkan syahwatnya.
Dia dimasukkan ke dalam hospital selepas mengadu berlaku pendarahan pada alat sulitnya.
Kejadian itu juga menyebabkan dia mengalami kesakitan yang amat sangat.
Dia terpaksa menanggung kesakitan selama 12 jam sebelum memberanikan diri untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Doktor kemudiannya terpaksa menggunakan forcep dan bahan pelincir untuk menarik keluar garpu berkenaan selepas pelbagai cara digunakan.
Lelaki itu kemudiannya dibenarkan pulang dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Dalam pada itu, Jurnal Kes Pembedahan Antarabangsa mendedahkan, jarang ditemui kes-kes melibatkan objek asing melekat pada salur kencing.
Bagaimanapun bagi bahagian badan yang lain, beberapa kes melibatkan objek asing dalam badan telah ditemui termasuk berus gigi, pensel, gelas plastik, sayur-sayuran, lintah, ular, gam dan lilin.
Dalam kes seumpama itu, doktor biasanya akan cuba mengelak untuk melakukan pembedahan sebaliknya akan mencari kaedah bagi meminimumkan kesakitan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment