ONEXOX
BannerFans.com

Faizal Ismail Dan Isteri Sambut Anak Keempat

on Friday, September 13, 2013

TAHNIAH buat penyampai radio terkenal, Faizal Ismail @ Faizal Hotfm dan isterinya, Nor Azlina Ahmad Din atas kelahiran anak keempatnya, semalam.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Faizal melalui laman Instagramnya dengan status berbunyi:



“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Nya isteri saya baru saja selamat melahirkan bayi perempuan jam 3.06pm tadi. Anak yang ke-empat dan perempuan yang kedua dalam keluarga.





Syukur Alhamdulillah serta terima kasih kpd semua yg mendoakan. Juga kpd Dato Dr Norashikin (gambar) serta staff nurse yang menguruskan kelahiran.”

Pengumuman itu turut mengundang pelbagai ucapan tahniah dan doa daripada rakan dan peminat yang mengikuti perkembangan Faizal dan keluarganya.

Tiga lagi cahaya mata pasangan ini ialah Nur Khairina Iman,12, Adam Haikal Iman (meninggal selepas 11 hari dilahirkan) dan Mohd. Khalish Iman, 2.

Diharap dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat menambahkan lagi seri kebahagian keluarga Faizal.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved