ONEXOX
BannerFans.com

Farid Kamil Dedah Nama Pangkal Anak, Muhammad

on Friday, September 6, 2013

KL, 6 SEPTEMBER 2013: Murai Batu rasa pasti ramai yang tak sabar hendak menonton program khas Astro yang katanya akan memperkenalkan putera sulung aktor Farid Kamil dan Diana Danielle kan?

Yelah, Farid sendiri sudah beritahu yang dia dan pihak Astro akan bekerjasama untuk menyiarkan Majlis Khatam Quran untuk isterinya, Diana Danielle serentak Majlis Aqiqah untuk anaknya dalam laporan murai.com.my sebelum ini.

Namun, Murai Batu dengar ianya baru perancangan awal antara pihak pengurusan Farid iaitu Metrowealth (MIG) dengan Astro. Wah kalau dah berbincang itu pastilah menjadi kan?



Amboi, eksklusif benar anak Farid dan Diana ni kan? Sehingga hanya akan perkenalkan anaknya di dalam sebuah siaran TV sahaja.

Dengarnya lagi, Farid seperti sedang mengurung isteri dan anaknya di kampung halamannya di Kedah sebelum ianya diperkenalkan dalam majlis dan program itu tidak lama lagi.





Bukan itu sahaja, Murai Batu dapat tahu, setelah Farid memuat naik beberapa keping gambar anaknya, selepas ini dia tidak lagi berbuat demikian kerana eksklusiviti itu akan diberikan ada pihak Astro. Wah, malah, bukan sahaja wajah terkini anaknya itu sahaja tidak akan dedahkan lagi tetapi sehinggakan nama anaknya pun perlu dirahsiakan.

Namun, Murai Batu ada juga dengar yang Farid sudah terlepas beritahu nama anaknya itu. Tetapi hanya pangkal atau awal nama anaknya itu sahaja didedahkan. Nama pangkalnya adalah Muhammad. Wah baguskan mereka memilih nama pangkal dari nama Nabi.

Murai Batu harap, anaknya itu dapat membesar dengan baik dan membesar sebagai anak yang soleh. Tak lupa juga, pasti handsome macam bapanya kan?hehehe

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved