ONEXOX
BannerFans.com

Isteri berpantang, suami memipit dengan kekasih gelap

on Monday, September 23, 2013

BANDARAYA MELAKA - Seorang bapa, 26, mengambil peluang ketiadaan isterinya yang pulang ke kampung untuk berpantang dengan membawa balik kekasih ke rumah di Taman Melaka Raya, di sini, bertujuan untuk melampiaskan nafsunya.

Bagaimanapun, nikmat yang dikecap akhirnya mendatangkan bahana selepas wanita terbabit kini hamil lima bulan.

Rahsia hamil luar nikah jurujual berusia 24 tahun itu terbongkar selepas keluarganya menyedari perubahan fizikalnya sehingga memaksanya memberitahu siapa punya angkara.

Difahamkan, ahli keluarga wanita terbabit berjaya mengesan lelaki berkenaan yang kemudian bersetuju untuk bernikah.



Bagaimanapun lelaki itu tidak melaksanakan janjinya sehingga memaksa keluarga wanita terbabit merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berikutan laporan itu, pasangan terbabit ditahan jam 11 malam kelmarin di Balai Polis Taman Malim Jaya.

Katanya,  mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan mendapati pasangan berkenaan sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu dan terus menjalin hubungan biarpun mengetahui lelaki terbabit sudah berumahtangga.

“Wanita terbabit sering datang ke rumah lelaki itu selepas isterinya pulang ke kampung dan mereka melakukan perbuatan terkutuk sehinggalah hamil.

“Lelaki terbabit memang mengambil peluang melakukan perbuatan haram itu ketika isterinya tiada di rumah dan melakukannya beberapa kali,” katanya, di sini, semalam.





RKatanya, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 55, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersubahat persetubuhan haram.

“Manakala wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 54 enakmen sama kerana hamil luar nikah.

“Sabit kesalahan bagi kedua-dua mereka boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved