Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang berkerja sebagai penyambut tetamu dilaporkan bersendirian di hotel berkenaan sebelum cuba dirogol lelaki berusia lewat 30-an itu.
Menurut sumber, tindakan suspek menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka namun lelaki itu hanya berhenti sebelum beredar dari kawasan berkenaan selepas ditampar dengan kuat di muka oleh mangsa.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa yang bersendirian di hotel berkenaan mendakwa duduk di sofa di lobi hotel itu.
“Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang juga pelanggan di hotel itu duduk di sebelah mangsa. Selepas melihat tiada orang lain di situ, suspek tiba-tiba memeluk mangsa.
“Lelaki itu mula mencabul mangsa menyebabkan pergelutan berlaku lebih 10 minit apabila mangsa cuba mempertahankan kehormatannya,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment