ONEXOX
BannerFans.com

KJ Ghombau Most Wanted dikoba an 'Tak ada adab!'

on Tuesday, September 10, 2013

Kuala Lumpur: Biadab! Itu reaksi keras Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas badan induk sukan tradisi itu sejak kebelakangan ini susulan kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa.

“Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri),” katanya semalam.



Reaksi keras Ahmad itu susulan kenyataan Khairy yang mahu menyekat peruntukan kepada PSM susulan kekalahan skuad negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF India baru-baru ini sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.





Antara yang berada dalam pertimbangan Khairy adalah menyekat peruntukan RM1 juta setahun yang diperoleh PSM dan rancangan badan induk sepak takraw itu untuk menjalankan program bernilai RM8.8 juta.



“RM1 juta yang disalurkan kepada PSM itu dilihat beliau seolah-olah besar. PSM tidak menerimanya terus ke dalam akuan kami sebaliknya ada yang dibayar terus kepada pihak tertentu seperti pemain, peralatan sukan, kejohanan dan sebagainya. Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini. “Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Penaung PSM bagi membentangkan program yang bernilai RM8.8 juta itu. Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan dan sebagainya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

saya tetap sokong KJ. Saya suka menteri yang tau nak buat kerja. Pengerusi PSM sudah2 la, kami dh lama bosan dgn anda.


September 10, 2013 at 9:26 PM
Anonymous said...

nak pegang jawatan nak sampai kena takraw keluarker....kena libas gunting baru tersentak dan sedar kesilapan dan tahap pencapaian yang hampeh...


September 11, 2013 at 7:35 AM
Anonymous said...

Setuju dgn KJ..sekat shj peruntukan tu..sbb da biasa sngt manja2..duit bukan senang dicari..da biasa duit bergolek..sbb 2 manja..da ade peningkatan..salurkan semula dana tersebut..biar rasa susah payah nk mncari duit


September 11, 2013 at 10:34 PM
Anonymous said...

sokong kj!


September 18, 2013 at 8:19 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved