ONEXOX
BannerFans.com

Mualaf purak-purak peluk Islam nak kayo doreh!

on Friday, September 20, 2013

Johor Bahru: “Saya diberitahu rakan, jika memeluk Islam, saya akan menerima banyak bantuan, perniagaan lebih mudah berkembang dan pemilikan harta akan menjadi lebih mudah.

“Jadi, tanpa berfikir panjang, saya terus memeluk Islam dan semua itu hanya lakonan kerana saya tidak pernah melaksanakan kewajipan sebagai Muslim.” Demikian, pengakuan seorang mualaf dikenali sebagai Muhamad, 40-an, ketika mengimbas kekhilafannya tiga tahun lalu hingga menyebabkan isterinya menuntut cerai kerana kecewa dengan kepura-puraannya itu.

Bagaimanapun, Muhammad kini menyesal dan bertaubat serta sudah mula menjalankan suruhan Islam sejak dua bulan lalu kerana inginkan hidup yang berkat dan bukan hanya tamakkan harta.



Mengimbas kisah silamnya, Muhamad berkata akibat terpengaruh dengan kawan-kawan dia memeluk Islam semata-mata mahu membeli harta dan memulakan perniagaan yang prosesnya dikatakan lebih mudah jika seorang itu beragama Islam. “Rakan saya juga mualaf dan mereka melakukan perkara sama. Saya lihat kehidupan mereka terus berubah selepas bergelar Muslim dan tanpa berfikir panjang, saya terus memeluk Islam,” katanya yang tidak dikurniakan anak sepanjang tiga tahun berkahwin.

Menurut Muhamad, selepas memeluk Islam, dia terus memohon pinjaman daripada institusi kewangan bagi memulakan perniagaan kedai kasut dan ia diluluskan dalam tempoh tiga bulan.

Katanya, ia begitu mudah dan dia kemudian membeli kediaman dan rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Semua urusan menjadi lebih mudah selepas saya bergelar Muslim. Kehidupan saya 100 peratus berubah. Perniagaan semakin maju, manakala pemilikan harta pula bertambah,” katanya.

Muhammad berkata, beberapa kenalan juga berasa hairan dengan kejayaan itu memandangkan dalam tempoh tiga tahun dia mampu mengumpul harta melebihi RM500,000.

Bagaimanapun, kebahagiaannya tidak kekal lama apabila perkahwinan yang tidak berlandaskan keikhlasan itu musnah.

“Isteri pernah mempersoalkan sikap saya yang tidak pernah mengamalkan suruhan agama seperti solat lima waktu serta berpuasa pada Ramadan.

“Saya akhirnya membuat berterus terang kepadanya yang saya memeluk Islam hanya kerana mahukan kesenangan. Isteri saya kecewa dan kami berpisah hampir setahun lalu,” katanya.





Menurut Muhamad, hidupnya tertekan sejak peristiwa itu hingga dilanda kemurungan.

“Saya terlalu merindui bekas isteri saya dan kini saya sedar harta bukanlah segala-galanya. Walaupun banyak wang dan harta, hidup kita tak akan aman jika tiada keberkatan Allah.

“Itulah yang saya cari sekarang. Sejak mula melakukan ajaran Islam dua bulan lalu, hati saya kini lebih tenang. Saya juga kerap berdoa supaya bekas isteri akan kembali ke pangkuan saya,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved