ONEXOX
BannerFans.com

Nasihat Aidil Kepada Rita Rudaini -- "Kalau Berkahwin Lain, Jaga Maruah & Jangan Aibkan Suami"

on Thursday, September 5, 2013

Bertahun naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka, semalam mahkamah putuskan yang cara penceraian Aidil Zafuan & Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah.

Aidil Zafuan yang di’temui wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang sering memburukkan namanya melalui media sosial.



“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam.





Rita Rudaini dalam laporan yang sama turut memberikan kenyataan beliau yang kesal dengan tindakan terburu buru Aidil Zafuan dalam proses penceraian ini selain menganggap di’ceraikan melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya.

“Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” ujar Rita Rudaini yang di’temui selepas keputusan mahkamah selesai.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Poyo...sepatutnye lelaki yg mendidik isteri jd yg terbaik..dia pun sama nak nasihatkan isteri dia plak...


September 6, 2013 at 12:55 AM
Mawar mereh said...

Nasihat buat aidil kalau kawin lain;
1. Jika ada masalah rumah tangga jgn angkut brg2 n lari
2. Nafkah anak beri jgn press da tau br nak kasi n dok nafi x kasi
3. Bfikir scara matang
4. Blaaaaa...


September 6, 2013 at 2:37 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved