ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52, berkata, dia tidak akan mengongkong Shila asalkan wanita itu membuat pilihan yang baik.
"Sebagai manusia kita menerima siapa sahaja yang datang dengan cara yang baik, kalau bukan Johan sekalipun kita terima.
"Bukan Johan seorang sahaja yang rapat dengan Shila sebaliknya Fizo dan Dafi pun baik dengannya. Mungkin gosip Johan dan Shila timbul kerana gambar mereka bersama tersebar,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran Kaisar ND Lala Sdn Bhd, di sini, Jumaat.
ND Lala diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapat anaknya dengan pelakon drama bersiri Juvana iaitu Johan As'ari.
ND Lala berkata dia gembira dengan perkembangan anaknya yang lebih fokus terhadap kerjaya selepas pulang dari menunaikan umrah pada awal tahun lalu.
"Alhamdulillah, selepas menunaikan umrah saya nampak Shila lebih tahu matlamat dia dalam industri ini iaitu untuk menjadi bintang antarabangsa.
"Dia berkawan dengan ramai lelaki dan soal jodoh itu biarlah ia datang dengan sendiri kerana ia rahsia Allah," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, ND Lala berkata, dia mempunyai perancangan untuk membuat album keluarga bersama anak-anaknya.
"Anak-anak saya semua sudah terlibat dalam industri seni, Insya-Allah kami ada perancangan untuk membuat satu album keluarga, namun belum berkesempatan lagi," ujarnya.
Sementara itu bercakap mengenai syarikat berkenaan ND Lala berkata, ia berfungsi sebagai ejen menjual produk kesihatan dan diusahakan bersama kenalannya iaitu Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim yang bertindak sebagai Pengarah Urusan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment