ONEXOX
BannerFans.com

Pakai baju kurung akan mudah kono rogol

on Friday, September 20, 2013

PETALING JAYA – Wanita yang memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.

Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu.Menurutnya, pakaian itu juga  boleh dijadikan peralatan  untuk memudahkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja.  Jadi sebagai wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka,” katanya ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita  dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik MBPJ, semalam.



Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.

“Klip rambut, beg tangan, kerongsang  boleh digunakan  penjenayah sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh,” katanya.





Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.

“Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut  menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.

“Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kalau ketat macam baju che ta susah nak bukak. Tu pasal la che ta pakai baju ketat, nak elak dirogol..


September 20, 2013 at 8:35 PM
Anonymous said...

Klu dh cucuh pisau kt leher pakai cawat besi pun kna rogol gak. Mengarut ja fakta ni kata pakai baju kurung senang kna rogol. Yg pakai skirt pendek tu lgi senang nk kna rogol. Selak guna satu jari aje dh nmpak penyedap. Haiyaaa


September 21, 2013 at 1:44 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved