ONEXOX
BannerFans.com

Spenda di pagar asrama

on Friday, September 20, 2013

BAGAN SERAI - Bukan hanya baju dan seluar, malah pakaian dalam pelajar perempuan turut digantung pada pagar asrama sekolah.

Itu tindakan dilakukan pengurusan asrama sebuah sekolah agama di Kerian yang mendakwa ia sebagai hukuman dan denda terhadap pelajar yang gagal menuntut pakaian mereka.

Bapa seorang pelajar sekolah itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shafie, 49, berkata, dia kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkannya tidak wajar.

Menurutnya, tindakan keterlaluan dan memalukan pelajar itu diketahuinya ketika menghantar anak perempuannya pulang ke asrama Ahad lalu.



"Tindakan pihak pengurusan asrama sekolah ini sememangnya mengejutkan ibu bapa.

"Pakaian anak-anak kami digantung dan dipamerkan di pagar dan sekeping kadbod tertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar," katanya kepada Sinar Harian.





Shafie berkata, pihak pengurusan sekolah sepatutnya mempertimbangkan hukuman lain yang lebih wajar.

“Kes ini sebenarnya hukuman terbaru dikenakan pengurusan asrama selepas hukuman denda keterlaluan lain dikenakan sebelum ini terhadap beberapa pelajar perempuan di sini, termasuklah hukuman ketuk ketampi sebanyak 100 kali diselangi berjalan itik sejauh 200 meter pada 26 Jun lalu.

“Persoalannya, mengapa tidak dikenakan hukuman lebih rasional terhadap pelajar yang bersalah?.

"Saya gesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menyiasat isu ini supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Shafie berkata, susulan insiden itu, pihaknya mengemukakan aduan bertulis kepada pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian dan JPN Perak.

Menurutnya, tujuan aduan dikemukakan bukannya untuk mempertahankan kesalahan dilakukan pelajar tetapi mahu pihak pengurusan asrama sekolah terbabit lebih rasional dalam mengenakan hukuman ke atas mereka.

Katanya, tindakan mengantungkan pakaian dalam bukan hanya memalukan pelajar perempuan sekolah itu malah menjadikan mereka trauma kerana diejek pelajar lelaki yang menetap di blok bertentangan asrama pelajar perempuan.

Dia berkata, sebelum ini anaknya dan pelajar perempuan lain pernah dikenakan hukuman lain yang disifatkannya juga tidak wajar.

“Saya mendesak pentadbiran sekolah memberi jaminan kejadian sebegini tidak berulang memandangkan tindakan menjatuhkan hukuman keterlaluan ke atas pelajar seolah-olah sudah menjadi budaya sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, pengurusan sekolah itu enggan mengulas isu tersebut kerana Sinar Harian difahamkan, pihak terbabit tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran pihak JPN.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

alahaiii ibubapa skrg...benda remehtemeh tu pun nak kecoh buat aduan bagai...mak bapa kita dulu kena denda macam2 pun x riuh mcm ibu bapa skrg...biarlah pihak sekolah membuat tindakan sebagai pengajaran kpd pelajar2 yang ingkar arahan dan tidak berdisiplin..entah2 anak2 dia baju bersepah2 dari ruang tamu sampai ke ruang bilik sbb mak bpk yang begini ...


September 21, 2013 at 12:04 AM
Anonymous said...

point taken..tp jgn nk samakan dlu dengan skarang...dlu klu klu buat cmni mmg tak kecoh..sbb dlu bukan zaman IT..skang nih zaman IT..buat benda skit dh kecoh satu Mesia...lagi satu..u nak ker satu sekolah ngan satu kampung tahu yg tu pakaian dalam u ??x nak kan...so jgn kerana benda kecik macam tu kite nk kena aibkan maruah orang...jdi buat la hukuman yg tidak memalukan dan mengaibkan org...klu beda dalam rumah tu xde hal la sbb orang luar takkan thu..ni benda luar rumah...jd pikir2 kan...


September 21, 2013 at 12:42 AM
lidya said...

xnak baju kena display kena la angkat tu.jgn malas and manage time wisely... ni salah satu cara mendisplinkan budak2. parents should take it positively la..


September 21, 2013 at 1:13 AM
Helmy said...

pedulilah...dah memang itu cara yang paling baik...zaman aku sekolah asrama dulu lebih hebat dari ni, kalau setakat denda macam ni tak ada apa pun....ala bebudak sekarang lembik dan kononnya mudah tersinggung konon yang mak ayah diorang layan je kerenah anak2 yang tak sedar diuntung, lepas tu dipolitikkan. Wahai ibu ayah dan ahli politik termasuk JPN korang tak ada kerja lain ke selain melayan karenah pelajar tak sedar diuntung macam ni....


September 21, 2013 at 2:15 AM
zul2009 said...

Tlg bg cadangan , bentuk hukuman yg boleh diberi kpd pelajar terbabit. Jgn pandai nak salahkan guru je.


September 21, 2013 at 2:53 AM
Anonymous said...

Gantung pakaian xelok la...utk kaum wanita yg len sy setuju....


September 23, 2013 at 2:09 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved