"Seperkara yang lucu saya pernah alami, ada juga yang SMS saya cakap nak berkenalan dengan saya. Saya tak kenal pun individu tu. Ada tu yang menggelarkan diri mereka makcik, kemudian beritahu saya yang dia nak kenalkan saya pada anak mereka. Tapi semua tu saya tolak secara baik", kata Fahrin sambil menahan tawa.
Lali diasak pertanyaan mengenai kisah peribadi dan soal jodoh, seperti biasa aktor bertubuh sasa ini memberitahu dia masih belum lagi bertemu calon isteri yang sesuai.
"Zaman sekarang ni, nak kenal seseorang tu bukannya mudah. Apabila timbul isu-isu seperti yang berlaku kepada rakan-rakan artis membuatkan saya lebih skeptikal untuk mengenali wanita dengan lebih terbuka. Saya tidak fobia namun saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan sekarang.
“Melihat pada jadual saya yang agak padat sekarang, pandangan saya terhadap perhubungan ini lebih rasional. Jika mahu bercinta, kena lebih terkawal dari segi minda dan emosi. Lagipun, dalam usia begini, saya dah tak ada masa nak keluar ‘dating’. Sebenarnya saya sendiri agak terperanjat juga kerana saya tidak risau dalam usia sekarang ini saya masih belum mempunyai teman wanita. Apapun, saya sudah terima keadaan ini", katanya ketika ditemui di SimFlightKL, Subang Skypark Terminal, baru-baru ini.
Perkembangan terbaru, Fahrin bakal menjalani sebuah telefilem untuk tayangan Aidiladha berjudul ‘Lambaian Baitullah’ untuk tayangan TV9. Dia juga bakal muncul dengan dua telemovie pada bulan September dan satu telemovie pada bulan Oktober bersempena Hari Aids Sedunia. Selain itu, duta produk Garnier Men ini akan menjalani sebuah supertelefilem yang mengisahkan tentang seorang atlet kurang upaya negara.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment