ONEXOX
BannerFans.com

Perbualan Kurang Sopan Adi Putra?

on Monday, September 9, 2013

Susulan daripada kontroversi itu, seorang ahli perniagaan yang mengaku sebagai suami kepada wanita terbabit telah tampil memberi kenyataan siang tadi, di mana lelaki berusia 56 tahun itu memaklumkan bahawa aktor tersebut telah berhubung dengan isterinya sejak Julai lalu.

Khamis lalu, kecoh sebentar industri hiburan tempatan apabila seorang pelakon terkenal didakwa saling bertukar mesej dengan isteri orang dan turut dikatakan berkongsi pesanan serta foto kurang sopan bersama wanita tersebut.

Daripada permulaan, isteri saya sampaikan ucapan menunaikan umrah. Kemudian pelakon itu telah berterima kasih dan meminta nombor telefon isteri saya.








Pelakon itu ada juga bertanya kepada isteri saya adakah dia sudah berkahwin, dan isteri saya jawab, Ya.

Saya rasa sebagai seorang lelaki, dia perlu jaga tatatertib. Tidak boleh mengganggu isteri orang.

Kalau berminat untuk ada pasangan hidup, carilah anak dara. Kan tak elok dan tak manis kalau mengacau atau menggoda isteri orang, amat dikhianati Allah SWT.

Ahli perniagaan tersebut ketika ditemubual.





Mula meminta nombor telefon

Bertanya status sebenar

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut melahirkan rasa kecewa apabila pelakon lelaki itu didakwa turut mengajak isterinya melakukan perkara tidak elok dan menafikan dakwaan kononnya dia mengancam keselamatan pelakon tersebut.

Kalau saya perhatikan daripada komunikasi yang berlaku, saya rasa amat terkejut bila apa yang ditulis oleh pelakon itu adalah nak buat hubungan dengan isteri saya, suka lakukan hubungan luar biasa. Saya rasa amat terperajat dan benda macam ini tak patut berlaku, sedangkan pada waktu itu kita sedang melakukan umrah.

Sebenarnya saya bukanlah nak mencederakan dia. Saya tak berminat nak menjatuhkan dia. Sekarang apa yang saya buat adalah hak saya sebagai seorang suami

Bagaimanapun, nantikan sahaja keputusan serta penjelasan sebenar aktor terkenal itu tidak lama lagi. Apa pun diharapkan agar kontroversi seperti ini akan segera diselesaikan dan tidak menjejaskan kerjayanya lakonannya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

hoho.. tak heran pon. Nama pon artis, spore mari bai!


September 10, 2013 at 8:46 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved