ONEXOX
BannerFans.com

Rita Rudaini Menangis Produk Kecantikan Milik Sendiri Untung Besar

on Saturday, September 21, 2013

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini mengakui dia terkejut apabila produk kecantikannya RS Collagen mendapat pulangan keuntungan yang besar pada bulan pertama perniagaannya iaitu sebanyak RM 60,000.

Rita yang berkongsi perniagaan bersama rakan karibnya, Siti Saleha Idris, berkata, keadaan itu membuatkan mereka menangis kerana tidak sangka produk tersebut laris di pasaran dalam jangka masa pendek.

“Mula-mula kami menjual produk ini selepas Saleha berkongsi rahsia kecantikan dia yang dibuat khas di rumah oleh ibunya dan sebagai permulaan kami mengeluarkan RS Collagen hanya 20 botol sahaja.

“Tidak lama selepas itu kami mendapat respons yang positif daripada para pelanggan yang mana sebahagian daripada mereka adalah peminat saya sehinggalah ia mencecah kepada 3,000 botol pengeluaran sebulan.



“Kemudian pada penghujung bulan ketika kami ingin membahagi duit masing-masing, saya terkejut apabila keuntungan kami mencecah RM60,000. Saya dan Saleha menangis ketika mengira duit ketika itu,” katanya.





Rita ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan RS Magic Slym yang diadakan di Hotel Royale Bintang @Curve di sini pada Sabtu.

Turut hadir, rakan kongsi Rita, Saleha manakala majlis dilancarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam pada itu tambah Rita, dia juga bersyukur memiliki teman karib seperti Saleha yang membuka matanya dalam bidang perniagaan dimana sebelum ini dia langsung tidak tahu cara-cara sebuah perniagaan beroperasi.

“Saya memang tidak tahu meniaga terutamanya dalam menguruskan wang niaga.

“Kalau nak tahu, sebelum ini saya menyimpan duit hanya dalam beg plastik sahaja di rumah.

“Dan apabila Saleha mendapat tahu saya tidak pandai menguruskan duit niaga, dia terus mencadangkan untuk membuka syarikat bersama dibawah nama RS dan seterusnya kami membuka akaun bank pula bagi memudahkan urusan perniagaan,” tuturnya.

Kejayaan produk RS Collagen membuatkan mereka mengeluarkan produk penurunan berat badan iaitu RS Magic Slym.

Menurut Saleha, memandangkan masyarakat kini sering mencari produk menguruskan berat badan bersesuaian dia dan Rita mengambil inisiatif mengeluarkan produk berkenaan sejak Julai lalu.

“Biasalah perempuan seribg mencari produk-produk sesuai untuk menurunkan berat badan.

“Menariknya produk ini ia dihasilkan menerusi barangan organik terpilih sekaligus sesuai untuk menyempurnakan sistem pencernaan.

“Alhamdulillah sehingga kini kami mendapat respons positif daripada semua pelanggab. Malah kami sudah pun memiliki agen-agen bagi menjual produk ini,” katanya

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved