Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek yang merupakan peniaga jualan langsung itu direman bagi membantu proses siasatan.
"Suspek ditahan reman empat hari sehingga Isnin depan dan kes ini di siasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang peniaga jualan langsung menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh tersebut.
Dia didakwa mengeluarkan komen dalam Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment