“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Dua individu miliki video
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
Kesian..dia mudo lagi..macam ni lah nasihat pak cik....Kepala Hotak nenek hang berjambul!!!!senang2 nak mintak maap,pi mampos..kecik2 tak nak mampos dh besar nuysahkan org...yg best nya Pak Guard tu..tak kenal pun siapa Mat Yo...femes konon!!!!Gol depan mata pun tak lih sumbat..Aaaahhhpuiiiii!!!suami n isteri,,2x5..jer!!!
October 1, 2013 at 2:42 PM
Salah ke, tak salah ke, kau tu muda sangat nak dibandingkan dengan pak cik tu. Klu pun kau xsekolah tinggi tapi kalau ada adab, takkan keluar perkataan "BODOH" dan "DAYUS" pada orang yang lebih tua sebaya macam ayah kau. Walau pun sebaya sekali pun, seeloknya perkataan yang xelok tu lebih baik simpan saja. Agaknya apa perasaan kau kalau tengok bapak kau kena mcm tu atau suami kau tu kena dengan budak darjah 1 kata suami kau bodoh .
Atau mungkin kau tak sebut perkataan tu. Kau kata lah semua tu editing. Macam video ahli politik. Dia orang sanggup buat apa saja untuk selamatkan diri.
October 1, 2013 at 5:57 PM
dah2 la tu, kita semua jgn hentam lagi dia..doakan agar dia berubah setiap manusia ni diberi peluang utk berubah, mcm tu juga dgn dia. sapa tau lepas ni dia menjadi insan yg lebih baik dari kita. masa depan kita semua, kita takkan tau. yg sudah tu sudah la, buang yg keruh ambil yg jernih ye aisyah..kpd umat islam yg lain nabi tak ajar kita maki hamun org, nabi sentiasa ampunkan umatnya begitu juga kita harus saling berpesan n berbaik2
October 2, 2013 at 1:44 AM
Post a Comment