ONEXOX
BannerFans.com

Cinta Semakin Utuh, Keluarga Redzwani Puteri Terima Semula Shahz Jaszle

on Tuesday, October 1, 2013

Pertengahan tahun ini nama Shahz Jaszle menjadi bualan ramai selepas ditangkap khalwat dengan seorang gadis bernama Farah dan insiden ini menyebabkan pelakon popular ini putus tunang dengan Redzwani Puteri selepas keputusan dibuat keluarga.

Walaupun mendapat tentangan keluarga, nampaknya cinta pasangan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri tetap kukuh sehingga sampai satu masa pelakon ini seakan nekad ingin kahwin lari jika keluarga masih tidak merestui hubungan mereka berdua.



Namun perkembangan terbaru melaporkan yang Shahz Jaszle kini bersyukur apabila keluarga Redzwani Puteri telah menerima kembali dirinya & kembali menaruh kepercayaan untuk menjalin hubungan dengan gadis itu.





“Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya.

“Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur,” ujar Shahz Jaszle.

Pelakon ini menambah yang kontroversi ini sebenarnya tidak menganggu perjalanan kariernya ketika ini dan beliau sedang giat mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani Puteri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved