ONEXOX
BannerFans.com

Gambar Dan Video Kes Bunuh Di Stesen LRT Gombak Dan Taman Melati

on Thursday, October 24, 2013

Gambar kes bunuh di Stesen LRT Gombak dan Taman Melati pada 24 oktober 2013. Dua maut manakala dua cedera ditikam oleh seorang suspek lelaki yang berusia 26 tahun di dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati. Insiden berlaku pada pukul 11.20 pagi bermula di lokasi LRT Gombak dan seterusnya di LRT Taman Melati. Suspek turut dipercayai mengalami masalah tekanan mental atau tekanan jiwa.



Laporan Kes Bunuh Di LRT Gombak Dan Taman Melawati

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. Suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.

Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki. Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian. Orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Identiti Suspek (Muhammad Zamri Bin Yusof )



Nama: Muhammad Zamri Bin Yusof

Pekerjaan: Pemandu Van Syarikat Rokok

Umur :26 Tahun

Asal: Segamat Johor

Senarai 2 Nama Terkorban Akibat Ditikam

1. Lee Kah Ghee. Lelaki cina.  Alamat :  Segambut Indah.

2. Kuan Chun Thai . Lelaki cina. Pelajar TAR Kolej Wangsa Maju.

Rakaman Insiden Kes Bunuh 24 Oktober 2013









Gambar Kes Bunuh Di LRT Gombak Dan Taman Melati














Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved