Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau khuatir pembukaan ladang ternakan babi di kawasan berkenaan akan timbul masalah lain memandangkan Lapangan Terbang Tambang Murah 2 (LCCT 2) juga akan dibuka berdekatan kawasan tersebut.
Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya tanah dibeli bagi tujuan ternakan babi sebelum ini diubah sebagai kawasan industri atau perumahan.
“Pada pandangan kita ketika ini, kawasan Bukit Pelanduk itu sudah terlalu hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ketika ini sebuah lagi akan dibina, LCCT 2 di situ. Tidak elok rasanya jika ada ladang babi berdekatan dengan kawasan seperti itu kerana kita khuatir akan timbul masa lain pula pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mohamad berkata, pemilik tanah di situ dinasihatkan berbincang sesama mereka bagi menukar status tanah berkenaan, sama ada mahu membuat tanah industri, perumahan atau pertanian.
Katanya, kerajaan negeri akan membantu mengurangkan kos untuk menukar status tanah di kawasan berkenaan bagi memastikan pemilik tanah tidak dibebani dengan tanggungan lain-lain kos.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment