ONEXOX
BannerFans.com

Harimau mengganas di Parit, Kolopilah. Pengusaha Kambing Minta Perhilitan Tingkat Kawalan

on Wednesday, October 2, 2013

KUALA PILAH: Pengusaha ternakan kambing biri-biri di Kampung Mungkal, di sini memohon Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) meningkatkan pemeriksaan dan kawalan hutan sekitar kawasan kampung itu susulan kejadian serangan harimau kumbang ke atas ternakannya, pada Isnin.

Abdul Mujib Nong Singah, 30, berkata walaupun jabatan berkenaan telah memasang perangkap bagi menangkap harimau itu, namun beliau bimbang tanpa kawalan haiwan liar itu mungkin kembali ke kawasan kampung dan membahayakan penduduk.



"Perhilitan menasihati kami untuk memasang unggun api pada waktu malam bagi menghalau atau menakutkan harimau. Tapi kami masih bimbang dan saya sendiri dengan anggota keluarga yang lain bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga ternakan kami.

"Kami bimbang ternakan kami akan dibaham lagi kerana kebanyakan ternakan ini sudah pun mendapat tempahan orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi," katanya ketika ditemui di sini Rabu.





Isnin lepas, Abdul Mujib dan keluarganya dikejutkan dengan kematian sembilan kambing ternakannya dengan kesan gigitan manakala dua lagi kambingnya hilang dipercayai diserang harimau kumbang berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui sekitar kandang ternakan mereka.

Ekoran kejadian itu, Abdul Mujib yang turut mengusahakan ternakan lembu dan angsa sejak 1989, mengalami kerugian hampir RM7,000.

Abdul Mujib berkata kejadian itu yang merupakan pertama berlaku di kawasan berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana bukan hanya ternakannya yang berdepan risiko diserang tetapi juga penduduk kampung.

"Saya percaya haiwan ini akan kembali lagi kerana ia sudah mengesan 'lubuk' makanannya di sini dan kita perlu bertindak sebelum ia kembali semula," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved