ONEXOX
BannerFans.com

Kontroversi Lembu Duduk Kondo, NFC Tidak Jejas Sokongan Akar Umbi Terhadap Shahrizat

on Saturday, October 12, 2013

KUALA LUMPUR: Meskipun terpalit dengan kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) melibatkan keluarganya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilihat tetap akan mempertahankan jawatannya selaku Ketua Wanita Umno.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 2 pagi Ahad menunjukkan Shahrizat memperoleh 80 undi daripada 191 Bahagian.

Shahrizat berkata, beliau tidak menduga sepanjang tempoh dua tahun berdepan kontroversi itu, masih ramai lagi perwakilan wanita di peringkat akar umbi memberikan sokongan kepadanya untuk menerajui pergerakan itu.



"Seperti yang anda ketahui, saya rasa sangat terseksa sepanjang tempoh dua tahun ini. Sya perlu berdepan pelbagai cabaran, memang ia menyakitkan saya, ahli keluarga dan Wanita Umno sendiri.

"Banyak yang bercakap mengenai saya tetapi saya letak perkara itu ditepi. Kerana itu saya perlu cekal dan ingin jadi contoh kepada wanita yang merasakan kehidupan mereka adalah sia-sia tetapi sebenarnya tidak," katanya kepada pemberita di sini.

Shahrizat berkata, kontroversi tersebut sebaliknya memberi kekuatan kepada dirinya untuk terus berjuang di dalam parti.

"Seorang pemimpin bukan saja dinilai pada masa yang baik. Pemimpin juga akan dinilai ketika berhadapan krisis dan bagaimana dia menangani krisis tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

beliau turut bersyukur kerana perwakilan Wanita Umno masih menyokong kuat kepimpinannya untuk menerajui pergerakan itu.

"Mereka (Wanita) sentiasa ikhlas menyokong saya. Saya bersama mereka selama hampir 32 tahun, jadi kami memerlukan antara satu sama lain. Tiada pemimpin yang bagus tanpa sokongan dan penyokong memerlukan pemimpin yang kuat," katanya.

Sementara itu, Shahrizat menyifatkan kemenangan beliau membuktikan tansformasi yang dilakukan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima perwakilan di peringkat akar umbi.

"Ini adalah kemenangan transformasi kepimpinan Presiden Umno. Ini juga kemenangan untuk Wanita Umno di peringkat akar umbi.

"Kemenangan ini adalah rahmat yang Allah berikan kepada saya untuk terus berjuang demi bangsa, agama dan negara. Terima kasih wanita di peringkat akar umbi. Saya sayang anda semua," katanya.

Sementara itu, dua pencabarnya, Datuk Maznah Mazlan tiga undi dan Raihan Suelaiman masih belum mendapat undi.

Keputusan rasmi hanya akan diketahui seawal pukul 3 pagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved