Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim, kecuaian pemandu itu seperti kurang sabar, memandu tanpa mengikut had laju yang ditetapkan dan mementingkan diri sendiri.
“Pelbagai kemungkinan akan berlaku jika kereta dipandu terlalu laju, antaranya hilang kawalan, kenderaan terbabas atau memasuki laluan bertentangan,” katanya ketika diminta mengulas kemalangan membabitkan tiga kereta di kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah yang mengakibatkan empat pemandu dan penumpang parah serta salah sebuah kereta rentung dalam kejadian 16 Oktober lalu.
Azmi berkata, kerajaan negeri sudah meluruskan jalan di kawasan Bukit Putus yang terdapat banyak selekoh merbahaya tetapi kemalangan tetap berlaku.
“Untuk mengubah sikap pemandu bukanlah suatu perkara mudah dan ia memerlukan jangka masa panjang serta kerjasama semua pihak,” katanya.
Sementara itu, katanya, faktor bentuk muka bumi dan jalan licin kerana hujan turut menyumbang kepada kemalangan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment