ONEXOX
BannerFans.com

Tangan tertusuk benet tak halang Zamri tamatkan perbarisan

on Sunday, October 27, 2013

ALOR STAR: Walaupun lengan kirinya berlumuran darah akibat tertusuk benet seorang rakan ketika hendak memulakan satu perbarisan rasmi hari ini, anggota Rejimen Askar Melayu Diraja, Lans Kpl Zamri Mat Soot, tetap mahu meneruskan upacara itu demi menjaga nama pasukannya.

Pengerusi RAMD Lt Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin berkata walaupun Zamri diarah supaya keluar daripada barisan, namun dia tetap berkeras untuk bertahan dan menamatkan upacara bersejarah tersebut lebih sejam kemudian.



"Kami agak bimbang dengan keadaannya yang berlumuran darah tapi semangatnya yang kental mendorongnya untuk menamatkan istiadat kerana tidak mahu mencacatkan pasukannya.

"Insiden seperti ini tidak pernah berlaku dan kami cukup kagum dengan semangat anggota berkenaan," katanya kepada pemberita selepas istiadat Pertukaran Panji-panji itu di Stadium Darul Aman di sini hari ini.





Insiden itu berlaku pada awal perbarisan ketika anggota mengadakan perarakan keluar panji-panji  lama.

"Kedudukan yang rapat antara anggota menyebabkan lengan kiri Zamri tertusuk benet senapang rakannya ketika melakukan gerakan dalam perbarisan," kata Zulkifeli.

Walaupun kehilangan banyak darah, Zamri, anggota dari Kem Bukit Pinang, Kepala Batas di sini, berada dalam keadaan stabil.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD menitahkan supaya Zamri, yang masih bujang, dibawa menghadap baginda sebelum dihantar ke hospital.

Perbarisan sempena istiadat pertukaran panji-panji tersebut disertai 19 pegawai dan 288 anggota yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Keenam Lt Kol Mohd Nor Kechut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved