ONEXOX
BannerFans.com

Pusara P.Ramlee, Saloma Akhirnya Siap Dibaiki Dengan Kos RM23,000. Harga Rumah Kos Rendah!

on Thursday, October 10, 2013

KUALA LUMPUR: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang menjadi kontroversi kerana nilai baik-pulihnya mencecah nilai RM23,000 siap dibina dan dirasmikan dalam bentuk bacaan tahlil di tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini pada Jumaat.

Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan berkata, pembinaan semula pusara yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu itu hanya merangkumi baik pulihnya kepada bentuk asal dan tidak lebih daripada itu.

"Kos tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia adalah perbelanjaan membaiki dua pusara dan kita hanya baikinya dalam bentuk yang sama seperti dahulu cuma mungkin harga dulu dan kini berbeza.





"Bagaimanapun pihak Astro turut menghulurkan bantuan dengan menampung separuh daripada kos perbelanjaan tersebut," katanya ketika ditemui selepas selesai majlis bacaan tahlil dan peletakan batu nisan baru, di tanah perkuburan berkenaan.

Hadir sama Datuk Aznil Nawawi, Datuk Mustafa Maarof dan Mariani.

Tambahnya, biarpun kos tersebut dipertikaikan dan dianggap terlalu mahal namun ia sebenarnya sesuatu yang sangat bernilai dan perlu diberi pembelaan yang sewajarnya.

"Pada saya ia adalah tanggungjawab kita untuk memelihara pusara ini dengan baik dan menjadikan ia sebagai kenangan kepada legenda yang perlu diingati oleh semua rakyat negara ini.

"Majlis tahlil seperti ini akan dijadikan acara tahunan bagi memperingati seniman dan seniwati legenda kita. Selain itu pihak Finas mempunyai beberapa rancangan lain untuk anak seni yang telah meninggal dunia," katanya.





Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu bagi menanggung separuh kos pembinaan semula pusara tersebut sebagai salah satu tanggungjawab sosial terutamanya kepada industri seni.

"Astro terpanggil untuk tampil membantu kerana kami juga banyak menyiarkan filem-filem P.Ramlee dna bagi saya pembinaan semula ini bukan berlebih-lebihan dan daripada segi kos tersebut tidak terlalu besar jika dibandingkan dengan jasa mereka kepada industri ini," katanya.

P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung manakala Saloma pula meninggal dunia pada 25 April 1983 akibat demam kuning.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved