ONEXOX
BannerFans.com

Wanita Dikunci Dengan Solex Diseluarnya, Elak Dari Memipit Sebarangan

on Thursday, October 10, 2013

Mexico – Seorang lelaki di Mexico telah ditahan selepas memaksa teman wanitanya memakai mangga yang diikat pada seluar jeans wanita terbabit, bagi memastikan dia tidak curang.

Wanita itu yang berusia 25 tahun, dan tidak didedahkan identitinya, telah membuat laporan polis selepas mengalami kesakitan kerana tidak dapat ke tandas selama beberapa jam.

Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu, telah melakukan perbuatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.





Dia bagaimanapun tidak berani menanggalkan mangga berkenaan, kerana takutkan lelaki tersebut. mangga Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit.

Namun mereka terkejut kerana wanita itu tidak mahu teman lelakinya didakwa.





Lelaki itu hanya ditahan selama sehari dan dia telah dibebaskan selepas menandatangani dokumen untuk tidak mengenakan mangga itu lagi terhadap wanita tersebut.

Dalam pada itu, aktivis wanita, Araceli Gonzalez, telah mengecam polis kerana gagal melindungi golongan wanita.

“Dia menjadi mangsa selama 12 tahun, namun polis dan masyarakat tidak berbuat apa-apa.

“Kes ini dikendalikan tanpa mematuhi peraturan dan tiada siapa pun yang bertindak terhadap keganasan ini,’’ katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved