Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas yang berpusat di Selangor untuk menjejaki suspek.
"Task force ini juga dibantu oleh jabatan lain di Bukit Aman dan kita akan pastikan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas upacara perbarisan tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.
Dalam kejadian itu Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu selepas mangsa membuka pintu bilik kebal bank itu.
Semalam polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai isteri pengawal keselamatan tersebut dan menemui semula lebih 20,000 yang dipercayai antara jumlah keseluruhan wang rompakan RM450,000 yang dilarikan suspek.
Bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang, Mohd Bakri berkata polis akan membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan proses penapisan ke atas pengawal keselamatan di setiap syarikat kawalan keselamatan.
"Kita akan beri bantuan kepada KDN untuk memastikan saringan pemeriksaan saringan kepada anggota keselamatan dilakukan kerana mereka menggunakan senjata api dan kita utamakan firma keselamatan yang terbabit dalam kes tembak baharu-baharu ini," katanya.
Mengulas pula kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N Surendran yang mahu membela pengawal keselamatan tersebut, beliau menyifatkan wakil rakyat parti pembangkang itu mengeluarkan kenyataan bodoh.
"Bagi saya, ini kenyataan bodoh. Tiada apa yang boleh saya komen.
Suruh dia ikut kita dan rasa bagaimana perasaan seorang anggota polis melaksanakan tugas dan tanggunjawab dalam operasi tertentu yang mengakibatkan mereka ini terdedah kepada ancaman peluru dan sebagainya sebelum membuat keputusan itu," katanya.
Mengulas peruntukan RM8.8 bilion yang diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014, Mohd Bakri berkata langkah itu akan memberi impak besar kepada PDRM dari segi menambah baik prasarana dan aset ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan polis kepada masyarakat.
Katanya peruntukan itu meliputi RM200 juta bagi kelengkapan seperti senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan peruntukan tersebut kepada PDRM dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment