ONEXOX
BannerFans.com

Magis Waris menjadi

on Saturday, October 26, 2013

BERUMUR 24 tahun, kehidupan penyanyi ini tidak terlalu berbeza dengan remaja lain menjadikan sukan sebagai antara aktiviti mingguan untuk memastikan tubuhnya sentiasa segar. Penyanyi lagu Rembau Most Wanted ini percaya sukan merupakan medium terbaik buat dia dan rakan-rakannya melupakan seketika bebanan pelajaran.

Sungguhpun lebih dikenali dengan nama Waris, Muzzammil Alias memberitahu dia sebenarnya masih kekal seperti dahulu, walaupun mengakui jadual kehidupannya kini sedikit sibuk berbanding beberapa bulan yang lalu.

“Saya kurang minat bermain bola sepak, sebaliknya saya lebih suka bermain futsal. Mungkin sebab kemudahan di gelanggang memudahkan saya bermain pada bila-bila masa.



“Selain futsal, saya juga minat bermain tenis. Ia merupakan antara sukan pilihan saya," katanya.

Menjelaskan sukan dapat mengurangkan tekanan belajar , menurut Waris lagi melalui aktiviti sukan jugalah dia dan rakan-rakan lain dapat berkumpul dan melupakan sementara soal pelajaran.





“Saya merupakan pelajar tahun kedua Kejuruteraan Awam di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Selangor. Sama seperti orang lain tekanan itu pasti ada, sebab itu saya memilih sukan untuk memastikan semuanya seimbang.

“Dalam waktu seminggu, kebanyakan masa saya akan berada di universiti, dan hari minggu pula, saya akan menyanyi. Melalui sukan sahaja yang dapat saya luangkan masa untuk bersama rakan-rakan," katanya.

Memastikan setiap minggu dia akan meluangkan masa enam jam untuk bersukan, menurut Waris lagi dia percaya stamina yang kuat diperlukan buat semua penyanyi bagi memastikan persembahan di atas pentas tidak terganggu.

“Bila menyanyi, bukan sahaja kita perlu jaga suara, tetapi semua bahagian. Sebab itu, bersukan itu perlu dalam membantu kita memastikan kita sentiasa bersedia.

“Sekurang-kurangnya dalam seminggu saya akan habiskan masa selama enam hingga lapan jam untuk bersukan, cukuplah sekadar memastikan badan berpeluh," katanya.

Tiada bakat berlakon

Menjelaskan secara jujur dia sebenarnya tidak berminat untuk terlibat dalam bidang lakonan, menurut Waris buat masa ini fokusnya hanya untuk nyanyian sahaja.

“Saya tidak pandai berlakon sebenarnya.

“Buat masa ini, biarlah saya fokus bidang nyanyian dahulu, sebab saya lebih selesa dengan itu," katanya.

Bakal mengeluarkan single terbaharu nyanyiannya dengan penyanyi Datuk Hattan, menurut Waris sudah menjadi impiannya untuk berduet dengan penyanyi hebat tersebut.

“Siapa sangka saya akan bekerjasama dengan Datuk Hattan, ini merupakan impian yang menjadi kenyataan buat saya.

“Secara jujurnya Datuk Hattan adalah seorang yang baik, mungkin kami berasal dari negeri yang sama, komunikasi itu menjadi lebih santai," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved