ONEXOX
BannerFans.com

Tunang reda pemergian mangsa

on Thursday, October 24, 2013

ALOR SETAR - Tunang Juruteknik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Wan Mohd. Azri Wan Mansor, 25, yang dipercayai lemas akibat kenderaan terbabas dalam Sungai Korok, Jitra, dekat sini, reda dengan pemergian mangsa itu.

Tunang mangsa dikenali sebagai Azuma, 25, berkata, dia bersyukur berikutan penantian mereka sekeluarga supaya jasad juruteknik Mada berkenaan ditemui, akhirnya tercapai juga melalui penemuan mayat mangsa di Sungai Korok itu.

“Alhamdulillah, penantian dah berakhir, selamat semuanya. Ya ALLAH aku mohon padamu tempatkanlah dia bersama orang yang beriman. Aku hanya mampu berdoa atas pemergianmu, aku redha untuk kehilanganmu, aku pasrah atas ketentuanmu.



“Aku tahu ALLAH lebih menyayangimu. Sesungguhnya, aku berserah kepada-NYA. Segala memori akan aku simpan sebagai kenangan yang paling indah dalam hidupku. Aku ingin mohon maaf di atas segala kesalahan yang pernah dia lakukan,” katanya dipetik daripada Facebook, semalam.

Dalam pada itu, katanya, dia juga berharap agar mana-mana kenalan mangsa dapat memaafkan arwah tunangnya, sekiranya Wan Mohd. Azri pernah melakukan perbuatan yang ada mengguris dan melukakan hati mereka ketika hayatnya.





Dalam kenyataan kira-kira 12 tengah hari, semalam itu, Azuma berkata, dia turut memohon supaya segala makan dan minum arwah mahupun sekiranya ada dendam terpahat di hati pihak berkenaan terhadap mangsa diminta supaya dapat dilepaskan.

“Andai ada hutang atau sebaliknya, harap boleh berjumpa dengan keluarga dia. Aku terima semuanya dengan rela hati, aku reda. Maafkan aku,” katanya dipetik daripada laman sosial terbabit.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penantian mencari mangsa lemas Sungai Korok, berakhir apabila mayat mangsa ditemui di bawah Titi Kubang Sepat, di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin selepas tiga hari hilang.

Malah, rakan mangsa, Mohd. Hasril Firdaus Hashim, 30, berkata, dia berasa sangat bersyukur ekoran mayat arwah Wan Mohd. Azri ditemui dalam keadaan baik dan sempurna oleh unit skuba, walaupun selepas tiga hari berada dalam kawasan berair.

Malahan, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohamad Darus, memaklumkan bahawa operasi dilakukan anggota unit skuba Sungai Petani berkenaan, menemui mangsa kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Mohamad berkata, mayat mangsa telah ditemui mereka berada dalam keadaan baik dalam sungai yang mempunyai paras kedalaman empat meter (m) pada Rabu lepas, seolah-olah dia baru sahaja terjatuh ke dalam sungai terbabit.

Dalam pada itu, difahamkan, melalui penemuan mayat mangsa, jenazah arwah Wan Mohd. Azri disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, manakala dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved