Pasangan itu mendakwa, petugas terbabit hanya nampak kesilapan mereka yang meletakkan kenderaan berat bersaiz enam tan tanpa muatan di hadapan rumah, walhal banyak lagi masalah di taman perumahan berkenaan memerlukan perhatian sewajarnya.
Shamsuddin Abd Raof, 48, berkata, dia amat kecewa dengan sikap petugas tersebut kerana memperbesar-besarkan masalah yang berlaku, seolah-olah dia sekeluarga melakukan satu kesalahan serius.
“Sejak lapan bulan menyewa di sini, jiran-jiran tidak pernah merungut dengan kami. Lagipun, kami sudah meminta kebenaran terlebih dahulu dengan mereka, sebelum meletakkan lori di hadapan enam rumah kosong bertentangan kediaman kami.
“Cuma, baru-baru ini sahaja kami dikejutkan dengan sesuatu tidak diduga. Empat petugas MPN datang ke rumah pada 18 November lalu, sekitar jam 10.30 pagi untuk menyerahkan notis arahan supaya lori terbabit dialihkan atau berdepan hukuman jika ingkar,” katanya.
Sangkaan mereka masalah tersebut akan berakhir begitu sahaja ternyata meleset, namun selang dua hari kemudian mereka sekali lagi didatangi beberapa petugas MPN kira-kira jam 9 malam atas alasan sama.
“Peliknya, mereka datang lebih kurang 15 minit selepas saya tiba ke rumah. Seolah-olah mereka tahu waktu saya pulang bekerja," katanya.
Dalam pada itu, Suhaidah Jalalok, 39, pula berkata, bimbang dengan keadaan yang berlaku menyebabkan dia membuat satu laporan polis, baru-baru ini.
“Pada masa sama, kami turut mengadukan hal ini kepada Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi untuk tindakan sewajarnya pada Khamis lalu. Kami bersyukur kerana beliau sudi mendengar masalah kami dan berjanji mencari jalan penyelesaian,” katanya.
Ternyata, luahan ini bukanlah sekadar omongan kosong kerana jiran-jiran turut mengesahkan cerita pasangan itu.
Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaus, 33, berkata, tindakan penguat kuasa berkenaan tidak masuk akal kerana dalam banyak-banyak perkara, lori terbabit pula menjadi sasaran.
“Cuba bayangkan, mereka (penguatkuasa) sanggup bersusah-payah datang sejauh dari Nilai yang memakan masa hampir setengah jam, semata-mata hal kecil sebegini.
“Lebih menghairankan, hanya Shamsuddin dikenakan tindakan, sedangkan orang lain yang melakukan perbuatan serupa dibiarkan,” katanya.
Mona (bukan nama sebenar), 36, pula berkata, penduduk tidak kisah dengan kehadiran lori itu lantaran memahami kesukaran dihadapi jiran mereka.
“Biarlah mereka parkir lori di kawasan ini. Bukannya mengganggu kami pun. Tambahan pula, lori itu jarang berada di sini pada waktu siang.
Biasanya, selepas jam enam petang baru nampak.
“Lagipun, lebih selamat jika lori diletakkan di situ, betul-betul di hadapan mata mereka. Kalau parkir jauh dari rumah, mungkin berdepan risiko kecurian,” katanya.
Sementara itu, Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima aduan berkenaan.
“Buat masa ini, kita sedang menanti segala dokumen berkaitan daripada pasangan terbabit. Bukanlah niat kita hendak menyokong perbuatan mereka yang meletakkan kenderaan berat di kawasan perumahan, tetapi kita nampak ada unsur berat sebelah dalam hal ini.
“Kita akan mengajukan masalah ini kepada MPN dalam masa terdekat. Kita minta disediakan satu kawasan khas yang kondusif untuk penduduk meletakkan kenderaan berat di taman perumahan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif pula berkata, tiada istilah pilih bulu bagi pegawainya semasa menjalankan tugas. Semuanya dilayan sama rata kerana sudah menjadi tanggungjawab pihaknya menjaga kepentingan awam.
“Inilah masalah yang sering berlaku. Ambil tindakan salah, tidak ambil tindakan pun salah. Pengadu perlu sedar, dia melakukan kesalahan.
Sebab itu kita keluarkan notis kepadanya. Itu pun sekadar arahan untuk mengalihkan kenderaan.
“Perlu diingat, meletakkan kenderaan berat dalam kawasan perumahan bukanlah perkara kecil berikutan menyalahi peraturan,” katanya.
Katanya, bilangan anggota yang datang semasa menyerahkan notis tidak perlu diperbesarkan kerana ia perkara biasa.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Yang bercakap duduk kerusi empuk. Manalah tahu macam mana orang bawah buat kerja. Kot-kot ada cctv ikut setiap pegawai dia tu, dia yang kompiden je cakap tak pilih bulu.
Mangsa kena sedar juga kadang2 orang yang sekeliling kata tak de masalah tu yang buat repot. Kalau tak kan pegawai tu nak datang.
MPN lopeh ni cubalah selesaikan perkara yang lebih besar dari hal yang kecik tu je.
Kepado yang marah tu, jangan nengok yang buruk jo kek MPN tu, nengok yang baik eh jugak. Bukan semuo kito leh jago orang dibawah kito. Sodangkan anak baru 5 korek pon bolom tontu kito buleh jago leklok. Ni kan beratus anak buah eh dio nak jago.
November 26, 2013 at 5:00 PM
ha betul tu..MPN..mkn gaji bute..cuba la tgk warga asing dh bermaharajalela di pasar malam Cempaka Nilai.... dh kena suap ke?
November 26, 2013 at 9:11 PM
Post a Comment