Kebanyakan kedai membenarkan dalam masa sebulan, dan ada beberapa kedai yang 60 hari. Tapi seperti biasa, ada orang Malaysia kita yang mengambil kesempatan menggunakan kemudahan ini dengan cara membeli pakaian, guna pakaian tersebut kemudian memulangkannya.
Saya mendapati shopping cara begini memudahkan saya sebab kadang-kadang bila saya shopping tanpa berteman, saya susah membuat keputusan, so saya beli 2, 3 untuk dibawa pulang ke rumah untuk saya minta pendapat Badrul.
Mana yang saya tak suka saya pulangkan kembali ke kedai, unused.Pernah sekali saya membeli satu set pinggan mangkuk secara online, bila tiba, 2 biji mangkuk saya dapati sudah pecah.
Saya call kedai tersebut dan mereka memberikan saya replacement tanpa meminta bukti lansung yang mangkuk tersebut pecah. Begitu juga dengan salah sebuah kerusi kayu yang pernah saya beli, saya dapati patah bila sampai, mereka menggantikannya tanpa minta bukti.
Tidak cukup dengan itu, mereka berkali-kali meminta maaf kerana ‘menyusahkan’ saya sebagai pengguna menghantar barang yang ‘tidak sempurna’. Mereka begitu percaya kepada saya dan meletakkan saya sebagai seorang pengguna yang ‘always right’.
Saya kira, kalau di Malaysia, susah tentu ada yang mengambil kesempatan menipu, sebagai contoh di atas untuk mendapatkan mangkuk atau kerusi lebih.Saya pernah juga terkejut semasa membeli sebuah komputer di Lowyat, saya diminta membayar dahulu sebelum dibenarkan membuka sebuah kotak kosong bewarna cokelat yang dikatakan ada computer yang saya kehendaki di dalamnya.
Bukan kotak computer tau, tapi kotak komputer yang berisi di dalam sebuah kotak yang lain. Kalau nak buka, mesti bayar dahulu.
Saya dilayan seolah-olah saya seorang pencuri, padahal saya mahu memeriksa apakah benda yang akan saya beli.Saya teringat nak cerita benda ni sebab, haritu saya beli iPad air yang baru pun, saya still boleh pulangkan semula ke kedai dalam masa 2 minggu setelah saya beli, walaupun saya telah pakai.. just incase sekiranya saya tidak suka dan bertukar fikiran.
Begitu tinggi level kepercayaan yang mereka berikan kepada saya sebagai pengguna. Kenapa agaknya perkara ini terjadi di Malaysia ye?
Adakah sebab kebanyakan kita adalah kaki kelentong dan suka mengambil kesempatan atau penjual yang suka menipu, takut pengguna memulangkan kembali barangan jualan mereka yang mungkin mereka tipu?
Apa pendapat korang?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment