Isu percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin yang menjadi bualan para peminat dunia hiburan sepanjang hari semalam juga terpalit ke Sharnaaz Ahmad dan ada sesetengah pihak menyifatkan apa yang terjadi merupakan satu balasan atau karma buat Shila Amzah.
“Kalau nak kata karma … saya pernah muat naik ayat di Instagram saya dulu — karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now”
“Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi semalam”
“Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh terima kebenaran itu? Hari ni mungkin hari dia (Shila)”, ujarnya dengan nada sinis.
Sharnaaz Ahmad bagaimana pun berharap yang Shila Amzah mampu untuk menerima berita ini dengan tenang dan percaya kepada jodoh selain menyifatkan yang hubungan beliau dan Johan As’ari tidak mempunyai masalah seperti yang orang ramai sangka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment