Menerusi foto tersebut, dilihat terdapat beberapa orang peminat tudung Fareeda sedang berkampung di hadapan butik jenama tudung terkenal itu, semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran, sempena perasmian tudung eksklusif pertunangan Fizo dan Mawar, Sabtu lepas.
Susulan perkongsian foto itu, terdapat pelbagai tanggapan negatif telah diberikan oleh pengikut laman sosial Fizo.
Meneliti setiap respon yang diberikan, terdapat segelintir antara mereka mengatakan tindakan yang dilakukan oleh peminat tudung Fareeda itu hanya satu perbuatan sia-sia dan tidak masuk akal.
Dalam pada itu, ada juga antara mereka mendakwa kononnya Fizo dan Mawar sengaja mengambil kesempatan atas populariti mereka berdua.
Setelah mendapati ramai yang telah salah anggap mengenai foto tersebut, Fizo telah memuat naik satu lagi status di laman sosialnya, bagi menjelaskan situasi sebenar.
Menurut Fizo, tujuan utama dia berkongsi foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kemeriahan yang disambut baik oleh peminat jenama tudung terkenal itu dan bukannya untuk mencetuskan sebarang kontroversi mengenai hubungannya dengan anak pemilik butik tersebut.
Bagaimanapun, untuk mengelakan daripada isu ini terus menjadi duri dalam daging, status yang dimuat naik menerusi laman sosial Fizo ini telah pun dipadam semalam.
Untuk makluman, Fizo dan Mawar bakal melangsungkan pertunangan serta pernikahan mereka pada 9 & 10 November ini di kediaman pengantin perempuan di Country Heights, Kajang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment