ONEXOX
BannerFans.com

Penjaga gol Pahang didakwa guna Hantu Kum Kum semasa perlawanan akhir menentang Kelantan?

on Tuesday, November 5, 2013

Kuantan: “Saya tidak tahu bagaimana cerita mengarut ini boleh keluar dalam Facebook (FB),” kata penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid mengenai penyebaran gambar dirinya yang didakwa menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu



Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu.





Bagaimanapun, Khairul Azahan mengakui terkejut serta terkilan kerana cerita dan gambar sedemikian boleh tersebar di FB.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga kami muncul juara musim ini,” katanya ketika dihubungi, semalam

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

denfic said...

kalau tak silap aku... minit ke 26.57 tu Pahang yang tengah serang...tendangan surendran terkena palang golll...


November 7, 2013 at 1:29 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved