Shila yang kini berada di Beijing bersama ibu dan bapanya, meluahkan perasaan berhubung pendedahan cinta tersebut di laman Twitter miliknya sejak beberapa hari yang lalu.
"Dunia ini memang tipu daya, tapi lebih best kalau tiada yang menipu, penipu itu nature mereka, jangan tertipu pada luaran," tulis Shila.
Selain daripada itu, anak kepada penyanyi ND Lala itu turut meluahkan perasaan dan kata-kata yang ditujukan kepada ibu Johan.
Sebelum ini, Johan dan Shila pernah digosipkan bercinta namun Shila mengatakan hubungan antaranya dan pelakon drama Juvana itu hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.
Beberapa hari lalu, Johan membuat pengakuan bahawa hatinya kini sudah dimiliki sejak berkenalan dengan Lana dan mereka dikatakan sedang serius untuk membina rumah tangga.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment