Bung berkata tak timbul isu dia yang harus meminta maaf. Dia mempersoalkan keikhlasan Fuziah yang membawa usul pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda Kuantan.
“Sebelum ini dia bantah Lynas dia sanggup di Kuantan berminggu-minggu buat demonstrasi tapi apabila rakyat berhadapan musibah, dia bawak dalam Dewan Rakyat usul tersebut.
“Seharusnya dia tak berada di Dewan Rakyat dan pergi ke kawasan seperti (yang dilakukan) Yang Berhormat Paya Besar. Soalan dia (dalam Dewan Rakyat) nombor satu tetapi dia tinggalkan soalan dia dan terus ke Kuantan,” kata Bung kepada wartawan di luar Dewan Merdeka, PWTC.
Fuziahlah yang harus memohon maaf kepada rakyat Kuantan kerana bermain ‘politik murahan’.
“Saya mintak Fuziah bertaubat kepada Allah S.W.T kalau dia orang Islam sebab dia main politik murahan supaya rakyat simpati dia. Rakyat dia, dia boleh bohong tapi dia tak boleh bohong dengan saya,” tegas beliau dipetik Free Malaysia Today
Menurutnya lagi, beliau sebagai Pengerusi telah mengarahkan FELCRA menghantarkan bantuan makanan kepada mangsa banjir sehari sebelum Fuziah membawa usul dalam Dewan Rakyat.
“Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia,” jelasnya lagi.
“Saya boleh aim ucapan dia bila-bila sebab dia dah dua kali bohong dalam dewan. Pertama usul potong gaji sebab dia kata Hasbi? jadi Penasihat Ekonomi Sarawak sedangkan Hasbi Pengerusi LPKP.”
Bung berkata tidak kisah dihentam oleh cybertroopers Pakatan Rakyat mengenai isu ini.
“Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat,” kata beliau lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment