ONEXOX
BannerFans.com

Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Sihir Johan As'ari

on Sunday, December 1, 2013

Lana Nordin memberitahu bahawa dia berubah bukan kerana Johan As’ari tetapi berubah kerana dirinya sendiri. Kita dapat lihat penampilan Lana Nordin pada malam Anugerah Skrin 2013, apabila dia tidak lagi mengenakan persalinan seksi seperti sebelum ini.

Lana yang kelihatan cantik & mesra pada malam itu menjelaskan bahawa dia kini lebih bersedia untuk berubah sedikit demi sedikit bukan kerana dia sekarang bersama Johan tetapi kerana mahu satu imej yang baru dan berubahnya dia kerana dirinya sendiri bukanlah faktor yang lain.



“Saya berubah bukanlah disebabkan sekarang ini saya bersama Johan atau untuk memikat hati ahli keluarga Johan tetapi ini adalah kerana kehendak saya sendiri dan bukanlah dari paksaan mana-mana pihak. Lagipun Johan sendiri pun tidak pernah memaksa saya untuk berubah”

Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa Lana bakal bawakan imej bertudung dalam jangka waktu yang terdekat ini namun Lana menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut.





“Tidak sama sekali untuk saya bertukar imej terus kepada bertudung. Kalau saya ingin berubah sekalipun, biarlah ia secara perlahan-lahan bukanlah secara mengejut dan saya berharap selepas ini saya akan menjadi lebih baik dan sempurna,” katanya.

Nafi Sihir Johan As’ari

Lana Nordin turut menjawab tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan Johan As’ari.

“Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari selepas itu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka,” jelas Lana lagi.

“Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama & saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya,” tambahnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Wahidah BME said...

Mudah2han kamu berdua kekal hingga pernikahan dan seterusnya kekal hingga ke syurga. Aamiin :)


December 1, 2013 at 4:49 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved