Punca sebenar pengguna P1 Wimax mengamuk dilaman sosial. Pada ketika ini, masih belum reda lagi isu P1 Wimax yang didakwa scam dan menipu ribuan penggunanya. Antara masalah utama yang diutarakan oleh pengguna adalah mengenai penyenaraian hitam (Blacklisted) nama mereka menerusi CTOS. Banyak keburukan jika individu disenarai hitam termasuklah kesukaran untuk membuat pinjaman rumah, kereta dan sebagainya dari pihak bank. Rata-rata pengguna mengutarakan bahawa bil tetap meningkat walaupun mereka sudah terminate P1 Wimax untuk sekian lama. Dalam pada masa yang sama, pihak P1 Wimax memandang serius terhadap masalah CTOS dan menyarankan agar pengguna menghubungi mereka untuk menyelesaikan nama pengguna yang telah disenarai hitam. Diharap P1 Wimax dapat menyelesaikan masalah pengguna dengan sebaik mungin kerana reputasi P1 Wimax boleh tercemar jika tidak ditangani dengan betul.
Masalah Utama Dihadapi Oleh Pengguna P1 Wimax
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Ranking: 5
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment