ONEXOX
BannerFans.com

Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir

on Wednesday, December 11, 2013

KUALA LUMPUR - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang kes saman ke atas Erma Fatima menggunakan wang yang dimenanginya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Rabecca, 23, berkata, wang sebanyak RM11,200 yang dibayar oleh pengarah filem itu dengan menggunakan not RM1 sebanyak 11,200 keping dihantar ke pejabat peguamnya kelmarin.



"Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya.





"Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan," kata artis itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

haaa...cerdik pun...


December 11, 2013 at 6:31 PM
Anonymous said...

biskut dgn air semahal tu? hmmmm, okeyyyy


December 11, 2013 at 7:41 PM
Anonymous said...

Biskut dgn air tak mahal tu..mungkin sebahagian duit yg diterima di sumbangkan utk mereka yg memerlukan. .trrpulang pd niat beliaumacamana yg penting belau buat sesuatu yg baik..sedangkan kita pun mungkin tak mampu bantu seperti apa yg beliau mampu bantu..


December 11, 2013 at 8:16 PM
Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga Allah merahmati usaha yg dibuat utk membantu mangsa banjir...x kisahlah walau berapa kotak yg penting niatnya ikhlas...


December 12, 2013 at 12:48 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved