ONEXOX
BannerFans.com

Rezeki pengawal keselamatan melimpah selepas dimaki isteri Mat Yo

on Tuesday, December 10, 2013

Dulu dia hanya seorang pengawal keselamatan. Namun selepas dimaki isteri pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, rezeki kini melimpah ruah.

Azman Mohd Nayan yang lebih dikenali sebagai Pakcik Azman, berubah nasib setelah video dirinya dimaki hangat disebarkan melalui laman sosial dan sifat sabar beliau menangani kejadian itu telah dipuji ramai.

Dalam kejadian yang berlaku 12 September lalu, Azman menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan larangan.



Ekoran itu, isteri Mat Yo memaki hamun beliau dan video rakaman kejadian itu disebar kuat dalam laman sosial.

Setelah video itu menjadi perbualan warga internet, hidup Azman kini ibarat selebriti yang diburu produk.





Produk kesihatan yang mengambilnya menjadi duta itu merupakan kopi Tongkat Ali yang masih baru dalam pasaran.

Menurut laman web remaja Beautiful Nara, produk ini sangat bersesuaian dengan kerjaya Azman yang sentiasa memerlukan tenaga.

Selain menjadi duta produk, Azman juga sebelum ini telah muncul di dalam drama TV9 yang turut dilakonkan pelakon-pelakon terkenal seperti Ridzuan Hashim dan Norman Hakim.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Matt said...

apa nak dikato...


March 24, 2014 at 9:09 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved