ONEXOX
BannerFans.com

Seorang Lombu bernama 'Boroi' dilarikan penyamun

on Sunday, December 8, 2013

REMBAU – Empat penjenayah dengan salah seorang bersenjata parang bukan sahaja menyamun sepasang suami isteri yang bekerja di sebuah ladang ternakan, malah turut melarikan 19 ekor lembu termasuk seekor yang diberi nama 'Boroi'.

Boroi itu menjadi kesayangan pemiliknya kerana pernah memenangi tempat naib johan pertandingan lembu cantik (kategori lembu pedaging) sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Robe Iskandar, 25, dan isterinya, Evi Mansor, 25, mengalami kerugian apabila barang kemas bernilai RM3,000 dan wang tunai RM750 dilarikan perompak tersebut.

Menurut Robe, ketika kejadian, dia yang sedang lena tidur terkejut apabila pintu bilik mereka digegarkan sebelum dilemparkan tong gas.



Katanya, sejurus kemudian seorang penyamun bertopeng masuk dan membuka pintu bagi membolehkan tiga lagi penyamun masuk ke dalam bilik berkenaan.

“Mereka mengikat kami dengan kain pelekat dan turut mengacukan parang panjang ke arah kami serta mengambil barang kemas dan wang tunai," katanya.

Robe berkata, bimbang sekiranya penyamun berkenaan mengangkut kesemua 33 lembu ternakan di ladang berkenaan, dia mendapat helah dengan menyatakan kepada penyamun bahawa ada pekerja lain akan datang ke ladang berkenaan sebelum jam 5 pagi bagi kerja-kerja memotong kambing.





“Saya lihat penyamun berkenaan berbisik dengan rakannya dan mereka kelihatan ingin cepat. Setelah saya yakin mereka melarikan diri, saya berusaha menanggalkan ikatan dan berlari meminta pertolongan ke rumah jiran berdekatan sebelum membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, pemilik ladang berkenaan, Kamarulzaman Budin, 55, berkata, kejadian itu adalah pertama kali berlaku sejak dia memulakan operasi ladang seluas lapan hektar sejak 1998.

"Kerugian setakat ini dianggarkan RM60,000," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintend Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved