Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 2.30 petang itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Siti Fatimah Idris bersama 13 anggota penguatkuasa termasuk beberapa pegawai dari Melaka.
Siti Fatimah berkata, serbuan dilakukan hasil daripada aduan orang awam, selain tinjauan sendiri pasukan penguatkuasaan negeri ini.
Pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis ubat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antaranya ubat perangsang seks dan beberapa ubat tahan sakit.
“Kita yakin ubat yang dijual di kaki lima sebegini tidak mempunyai lesen serta tidak berdaftar dengan KKM, dan dikhuatiri mengandungi bahan racun berjadual.
“Setiap ubat yang dijual dirampas untuk siasatan lanjut dan akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 (memiliki produk yang tidak berdaftar),” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment