ONEXOX
BannerFans.com

769 terima darjah kebesaran Negeri 9

on Monday, January 13, 2014

KUALA PILAH - Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz mengetuai senarai 769 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-66 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, semalam.
 
Tunku Ali Redhauddin, yang merupakan anakanda sulung Tuanku Muhriz, menerima Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
 
Turut menerima SSTM ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Abd Wahab Maskan.
 
Istiadat penyampaian darjah kebesaran, bintang dan pingat dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti dekat sini, hari ini.


 
Pakar Ortopedik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Dr Abdul Rauf Ahmad pula antara 10 penerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.

Turut dikurniakan DPNS ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri Abu Ubaidah Datuk Redza dan Datuk Jalaluddin Alias, Penolong Ketua Staf Logistik Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral Hanafiah Jaafar, Pengarah Beyond Marvel Sdn Bhd Ruslan Ibrahim dan Duta Besar Malaysia ke Austria Datuk Selwyn Vijayarajan Das.
 
Pengarah Institut Kajian Perubahan Iklim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datin Zabariah Mohd Yusof dan peguam Zamani Ibrahim juga menerima DPNS.
 
Peguam Nasharuddin Hussin, pakar perubatan Dr Satber Kaur Manjit Singh dan ahli perniagaan yang juga aktivis masyarakat Woo Swee Lian pula dikurniakan Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang juga membawa gelaran Datuk.
 
Selain itu, seramai 29 orang dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.
 
Mereka ialah Pegawai Daerah Port Dickson Ab Khalid Mat, Pengerusi Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja Brigadier Jeneral Abd Halim Othman, anggota Majlis Tertinggi Mubarak Malaysia yang juga Timbalan Yang Dipertua Mubarak Negeri Sembilan Abdul Muhi Abd Wahab, Panglima 1 Briged Brigadier Jeneral Datuk Adnan Abu Bakar, Ketua Pegawai Semboyan Markas Tentera Darat Brigadier Jeneral Datuk Ahmad Hadiatullah Maknun Ridzuan, ahli perniagaan Ahmad Rusdi Datuk Ahmad Soffian, aktivis masyarakat Chong Khin Sang dan Ketua Eksekutif Cypark Sdn Bhd Daud Ahmad.





Turut menerima DBNS ialah ahli perniagaan Hairodin Bibit, Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM Hishamuddin Hashim, Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Sembilan Ibrahim Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Sembilan Ibrahim Hassan, Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi HTJS Dr Jenny Tong May Geok, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Kalsom Khalid, ahli perniagaan Kamarul Halim Datuk Muhamad Sharip, aktivis masyarakat R. Krishnan, Pegawai Kemajuan Negeri Sembilan Mohamad Rawi Baharom dan Presiden Puncak Oil and Gas Mohamed Sabri Mohamed Zain.
 
Bendahari UKM, Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil, Timbalan Naib Canselor UKM Prof Dr Mustafa Mohd Hanefah, ahli perniagaan H.Nagendran, Pengurus Besar TNB Ir Nordin Ahmad, Pengarah Urusan Tetuan Advanta QS Sdn Bhd Sr. Norhisham Abdul Malek, Ketua Pegawai Operasi Gagah Satria (M) Sdn Bhd M.A. Paul, Pengarah Urusan Shell Refining (FOM) Bhd Rozano Saad, ahli perniagaan S. Surash, ahli perniagaan Tan Tian Meng, ahli perniagaan Wong Kam Yong dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perak SAC Zulkapli Ahmad juga menerima DBNS.
 
Seramai 28 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) termasuk Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Ab. Rahim Ab Rahman, Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Abu Zaky Mohammad, Ketua Staf Markas Latihan Tentera Darat Kolonel Amirudin Datuk Sulaiman, Ketua Polis Daerah Manjung (Perak) Asisten Komisioner Jaafar Baba, Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan Kamal Arifin A. Rahman, Penolong Pengarah Syarikat Mahat Ibrahim, Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Prof Dr Rashila Salam, Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan P. Tamil Selvan dan Pegawai Daerah Rembau Zaidi Johari.
 
Penerima tunggal Darjah Tuanku Muhriz (DTM) ialah Presiden Persatuan Skuasy Malaysia Nik Razeen Adam Daud.
 
Sementara itu, sebanyak 10 orang dianugerahkan Darjah Pekerti Terpilih (DPT), 92 menerima Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) dan empat dikurniakan Setiawan Tuanku Muhriz (STM).
 
Sebanyak 216 menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC), 338 dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 26 menerima Pingat Khidmat Lama (PKL) dan 10 menerima Bentara Tuanku Muhriz (BTM).

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved